TUPAI | Zizan Raja Lawak: saya sangat sayangkan Jue



Barangkali kenyataan jejaka kelahiran Dungun, Terengganu ini bakal membuat para peminat yang sedari dulu lagi mengharapkan Zizan Razak atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak dan pelakon berwajah Pan Asian, Juliana Evans bergelar pasangan kekasih.

Namun hakikatnya rasa kasih dan sayang antara kedua-dua teraju utama filem “Hantu Bonceng” ini terus utuh dari hari ke hari tidak lebih seperti sayang sebagai seorang teman akrab sahaja.

“Saya bukan hendak berdolak dalih tapi ya, saya mengakui saya sangat sayangkan Jue (panggilan mesra Zizan kepada Juliana Evans) tetapi lebih kepada sayang sebagai seorang kawan baik. Saya berani mengakui Jue adalah satu-satunya wanita yang rapat dengan saya sekarang ini. Ada keserasian tapi tiada bibit-bibit perasaan ke arah percintaan.”

“Bila berkawan dengan perempuan cantik seperti Jue ramai yang tidak percaya kalau saya cakap kami hanya berkawan baik, tapi saya lebih selesa berkawan dengannya. Saya boleh berkongsi pandangan, minta nasihat, usik-mengusik, sakat menyakat dan sebagainya. Seronok berkawan dengan Jue kerana dia seorang yang berfikiran terbuka, banyak ilmu dan pengalaman, pendek kata saya gembira bersamanya.” Jelas Zizan sambil berseloroh nakal.

Menyentuh tentang pengalaman digandingkan pertama kali dengan Jue juga pertama kali berkerja dengan pengarah Ahmad Idham menerusi filem komedi seram, “Hantu Bonceng”. Zizan menyifatkan berkerja dengan kedua-dua individu ini satu pengalaman berharga buatnya.

“First time berlakon dengan Jue memang seronok dan apa yang saya boleh simpulkan adalah Jue memang professional ketika bekerja. Chemistry antara kami juga kuat, kata orang keserasian itu ada dan itu yang memudahkan kerja kami.”

“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan sekaligus menjayakan filem arahan Ahmad Idham ini. Seronok bekerja dengannya. Dia seorang pengarah yang berkaliber, boleh menerima pendapat pelakon, kelakar tapi dalam masa yang sama serius berkerja,” tambah Zizan yang ditemui pada majlis Tayangan Perdana filem “Hantu Bonceng” serta Majlis berbuka puasa bersama media dan peminat di Pawagam Odeon, di sini semalam.



1 comment:

  1. wow! kalau la zizan ngan jue. ahaha :p

    P/s:Saya datang jenguk follower saya. sebab dah capai 100. thanx to u~ :D

    ReplyDelete